Ganoderma anugerah alam

April 7, 2009

kutipan hasil pertama

Filed under: Berkaitan Ganoderma — engkuazri @ 11:52 pm

semalam saya telah memetik hasil pertama ganoderma selepas sekian lama menantikannya. selepas dipetik saya memotong dan sekarang dalam proses menjemur bagi mengeringkannya dan melihat bagaimana rupanya. adakah sama seperti yang telah saya beli sebelum ini atau berlainan.

February 8, 2009

Salam semua

Filed under: Uncategorized — engkuazri @ 7:25 am

Bermula perjalanan ku bersama cendawan!!!

Selamat datang ke FitrahGano

Filed under: Rencana — engkuazri @ 4:25 am

Salam semua pembaca.  Saya seorang yang masih hijau (bukan kulat hijau) dalam dunia cendawan, saya sangat berharap rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam cendawan dapat memberikan pandangan dalam beberapa isu yang akan dibincangkan selepas ini.

Saya telah menjalankan kajian dan membela cendawan tiram kelabu di dapur rumah sebanyak 100 beg. Sekarang dah habis dan saya dah beli 50 beg lagi bagi fasa kedua. walaupun begitu saya lebih berminat dengan Ganoderma. Oleh itu jika ada maklumat berkaitan dengan ganoderma silalah maklumkan disini.

Antara yang mungkin dibincangkan ialah berkaitan kaedah penanaman, penjagaan, hasil, pemasaran, produk, persaingan dan penyakit. Semoga selain dari cendawan tiram kelabu kita juga mampu melangkah ke arena antarabangsa dengan menyediakan produk berasaskan Ganoderma.

Saya telah berhubung dengan sebuah syarikat yang  memasarkan Ganoderma ke luar negara. Beliau memaklumkan bahawa pasaran di luar negara lebih besar. Cuma ia perlu dilakukan dengan teliti. Saya juga telah membuat sedikit kajian di syarikat farmasi, mereka juga memberikan respon  yang baik terhadap produk ini.

Selamat berkenalan kepada semua penguasaha cendawan. Jika ada yang berminat silalah link blog ini dan saya juga akan memasukkan link tuan2 dan puan2 selepas ini.

wassalam

Blog at WordPress.com.